Ahli Kumpulan Sekarang L'Arc-en-Ciel


Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Sila bantu dengan menambah pautan yang berkaitan, atau dengan membaiki susun atur rencana ini.
Klik [tunjuk] di sebelah kanan untuk butiran lanjut.

Tiada sebab dinyatakan untuk tag wikikan pada rencana ini. Anda boleh memasukkan sebab dengan menggunakan parameter |reason=, seperti berikut: {{Wikikan|reason=Sebab anda di sini}}

  • Sila gantikan markap HTML dengan markap wiki di mana sesuai.
  • Tambahkan pautan wiki. Buat pautan—di mana sesuai—ke rencana lain dengan meletakkan "[[" and "]]" pada kedua belah perkataan yang berkaitan (lihat Wikipedia:Manual gaya penulisan (pautan) untuk maklumat lanjut) dan pastikan pautan-pautan anda berfungsi seperti yang dijangkakan. Sila jangan pautkan istilah yang sudah umum pada kebanyakan pembaca, seperti pekerjaan yang biasa, istilah geografi yang terkenal, dan barangan seharian.
  • Formatkan pengenalan. Buat atau perbaiki perenggan pengenalan.
  • Susun tajuk bahagian seperti yang diterangkan di Wikipedia:Manual gaya penulisan (tajuk bahagian).
  • Letak infobox jika sesuai untuk rencana ini.
  • Kemaskan pautan lapuk/formatkan bahagian rujukan dan nota kaki, menggunakan templat petikan di mana sesuai.
  • Padamkan pesanan ini.

L'Arc~en~Ciel juga dikenali sebagai 'raruku' oleh peminat Jepun dan 'laruku' oleh peminat di luar Jepun. 'Raruku' adalah singkatan bagi 'raruku-an-shieru', sebutan L'Arc~en~Ciel dalam Bahasa Jepun.

L'Arc~en~Ciel ditubuhkan di Osaka, Jepun pada tahun 1991 oleh pemain bes, tetsu (juga selaku ketua kumpulan) dan disertai oleh tiga anggota yang lain iaitu hyde (vokalis), pero (dram) dan hiro (guitar). tetsu menamakan kumpulan ini sempena dengan nama filem Perancis yang pernah ditontoninya. Sebelum menyertai laruku, hyde dan pero adalah anggota kumpulan Jerussalem Rod (sebelum dibubarkan). Pada masa itu, hyde adalah seorang pemain guitar. tetsu tertarik dengan bakat hyde dan sentiasa menghadiri pertunjukan live Jerussalem Rod untuk menyakinkan hyde supaya menyertainya. Akhirnya hyde bersetuju setelah dipujuk berkali-kali oleh tetsu. Pada awalnya hyde mahu posisi pemain gitar laruku namun tetsu memujuknya untuk menjadi vokalis kerana merasakan hyde memang sesuai untuk menjadi seorang vokalis. hyde juga megakui walaupun pada mulanya dia merasa keberatan, namun lama-kelamaan dia menyukainya.

Dalam bulan Jun 1992, hiro meninggalkan kumpulan ini dan diganti oleh ken. tetsu dan ken sebenarnya sudah saling megenali sejak di bangku sekolah lagi. Mereka selalu pergi ke rumah senior mereka untuk bermain musik bersama-sama. ken yang mencadangkan tetsu untuk bermain bes supaya gig mereka bertambah menarik. Selepas hiro meninggalkan laruku, tetsu meminta ken untuk menyertainya. Disebabkan oleh minat mendalam terhadap musik, ken mengambil keputusan untuk meninggalkan pegajiannya di universiti demi menyertai laruku, walaupun hanya tinggal enam bulan dari pengijazahannya! Tindakannya ini juga telah membangkitkan kemarahan orang tuanya.

Persembahan live mereka semakin mendapat tempat di Osaka dan mereka sudah mempunyai kelompok peminat yang tersendiri. Walaupun beberapa syarikat rakaman tertentu tertarik dengan laruku, tetsu masih memilih untuk bergerak secara 'underground'. 'Single' "Flood of Tears" dikeluarkan pada bulan November 1992 (1,000 unit edaran terhad). Pada bulan Disember, pero meninggalkan laruku. tetsu berusaha mencari pengganti dan menemui sakura melalui seorang rakan. sakura adalah pemain dram bebas yang membantu beberapa band lain dalam pertunjukan live. tetsu menghubungi sakura yang berada di Tokyo dan mejemputnya untuk menyertai laruku. Setelah mengadakan sesi bermain musik dengan mereka, sakura terus bersetuju untuk menjadi anggota rasmi laruku.

Pada bulan Mac 1993, laruku memulakan rakaman album pertama mereka, "Dune". Album ini berjaya menduduki tangga teratas dalam carta album 'indies' Oricon. Laruku semakin aktif dan album ke-2 mereka, "Tierra" dilancarkan pada 14 Julai 1994 di bawah label Ki/oon Sony, dan seterusnya album ke-3 "heavenly' pada 1 September 1995. Populariti laruku semakin meningkat dari masa ke semasa. Album ke-4 laruku, "True" (24 Disember 1996) berjaya mencecah jualan melebihi sejuta unit dan mencapai tangga teratas carta Oricon selepas 6 minggu di pasaran. Pencapaian ini telah membuktikan kejayaan laruku.

Namun tragedi menimpa di saat kemuncak mereka. Awal tahun 1997 adalah titik hitam dalam sejarah laruku apabila sakura ditangkap kerana terbabit dalam kes memiliki dadah secara haram (kemudiannya meninggalkan kumpulan ini pada bulan April). Populariti laruku jatuh mendadak apabila berita penangkapan sakura tersebar luas dan semua CD laruku ditarik dari pasaran. Lagu "the Fourth Avenue Cafe" yang menjadi tema penutup bagi anime 'Rurouni Kenshin' (Samurai X) dibatalkan hanya selepas 6 episod. Semua aktiviti laruku dihentikan serta-merta. Masa depan laruku kelihatan kelam. tetsu, hyde dan ken beserta pemain dram sementara, yukihiro (bekas drummer DIE IN CRIES) pergi ke London buat sementara waktu sebelum memulakan rakaman album terbaru pada bulan Oktober. Lagu "Niji" berjaya mendapat tangga ke-3 dalam carta Oricon. Konsert "Reincarnation" yang diadakan pada 23 Disember telah memecah rekod jualan tiket Tokyo Dome (56,000 tiket terjual dalam hanya 4 minit!).

Pada bulan Januari 1998, yukihiro menjadi anggota rasmi laruku. Zaman kegemilangan laruku kembali bermula. Lagu "Winter Fall" meraih tangga teratas carta lagu Oricon. Album ke-5, "Heart" (25 Februari 1998) juga menduduki tempat pertama carta album Oricon. Pada tahun itu juga, Laruku memulakan persembahan live di 47 lokasi serata Jepun. Semua tiket habis terjual dalam beberapa minit dengan jumlah kehadiran penonton melebihi 200,000 orang. Laruku juga menempa sejarah dalam industri musik Jepun apabila melancarkan tiga 'single' serentak, "Honey"(no.1 Oricon), "Shinshoku (no.2 Oricon)" dan "Kasou". Beberapa bulan kemudian (26 Oktober), rekod kembali tercipta dengan "Forbidden Lover" (no.1 Oricon) dan "Snow Drop" (no.2 Oricon). Ini adalah pertama kali sesebuah artis mendominasi tangga 1 dan 2 Oricon serentak selama dua kali dalam industri musik. Pada Julai 1999, dua album "ark" dan "ray" dilancarkan serentak dan masing-masing mencecah jualan melebihi 1 juta unit. Ini juga adalah pertama kali dalam sejarah musik Jepun. Mereka memulakan Grand Cross Tour di serata Jepun. Grand Cross Conclusion yang diadakan di Tokyo selama dua hari (21&22 Ogos) menarik jumlah penonton seramai 250,000 orang. Pada 30 Ogos 2000, laruku menerbitkan album ke-8, "REAL" dan mengadakan 'TOUR 2000 REAL' dan 'CLUB CIRCUIT REALIVE 2000 REAL'. Dalam tempoh dua tahun itu (1998-2000) mereka telah menerima beberapa anugerah penghargaan yang berprestij di atas kecemerlangan mereka dan menempa nama sebagai salah satu band terunggul di Jepun.

Selepas tahun 2000, anggota laruku masing-masing memulakan kerjaya solo mereka. hyde bergerak di bawah nama HYDE dan tetsu sebagai TETSU69. yukihiro menubuhkan kumpulan ACID ANDROID dan ken bergabung kembali dengan sakura sebagai S.O.A.P. Setelah aktiviti solo mereka berlanjutan selama beberapa tahun, peminat mula tertanya-tanya akan masa depan L'Arc~en~Ciel.

Pada tahun 2003, mereka membuat kejutan dengan membuat konsert 'reunion', Shibuya 7 Days. Lebih 80,000 tiket habis terjual dalam masa beberapa minit. Konset ini juga membuktikan bahawa L'Arc~en~Ciel masih wujud. Album ke-9, "SMILE" dilancarkan pada 31 Mac 2004. Kerjaya mereka juga semakin berkembang di luar Jepun apabila album ini dilancarkan di pasaran antarabangsa. Mereka telah diundang untuk megadakan konsert di Baltimore, Amerika bersempena dengan sidang OTAKON 2004 (tiket terhad yang berjumlah 12,000 telah diedarkan secara percuma kepada pengunjung). Album ke-10, "AWAKE" diterbitkan pada bulan Jun 2005. Mereka juga mengadakan konsert di China dan Korea pada tahun itu (kelab peminat rasmi laruku, Le-Ciel juga telah dibuka kepada peminat laruku di kedua negara ini). Aktiviti solo mereka kembali aktif selepas konsert ini.

Pada tahun 2006, laruku telah mengadakan konsert istimewa 15th L'Anniversary sempena menyambut ulangtahun ke-15 penubuhan mereka. Konsert itu dilangsungkan selama dua hari berturut-turut di Tokyo Dome (25&26 Disember). Pada tahun berikutnya (2007) mereka mula melancarkan beberapa buah lagu terbaru dan seterusnya album ke-11, "KISS" pada bulan November.